Mata Hati yang memandang akan mencoret kata-kata untuk mengerti dan memahami ciptaan-Nya...
Saturday, July 30, 2011
Harapan Ramadhan
Ramadhan Pertama bagi seorang kanak-kanak pasti meninggalkan kesan yang tidak akan dilupakan dalam sejarah hidup setiap orang Islam. Pelbagai pertanyaan akan bermain dalam minda mereka. Benar bukan?
Apa itu puasa?
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa merupakan kewajipan kepada setiap orang islam berdasarkan kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman Allah Taala yang berbunyi :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.[Surah Al-Baqarah, Ayat : 183]
Dan berdasarkan kepada firman Allah Taala :
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya : Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 185]
Di dalam hadis pula disebut, Islam itu terbina di atas lima perkara dan salah satu daripadanya ialah puasa pada bulan Ramadhan. Oleh sebab itu, para Ulamak telah sepakat mengatakan bahawa puasa itu hukumnya wajib keatas setiap orang Islam yang sudah akil baligh (cukup umur) dan berkuasa. Ianya tidak diwajibkan kepada orang kafir atau orang gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tetapi hendaklah dilatih untuk membiasakan diri mereka dengan puasa .
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi hingga ke tengah hari ramadhan pertama tahun 1995, sekumpulan kanak-kanak bermain riang tanpa rasa penat. Segala jenis permainan daripada permainan kanak-kanak perempuan hinggalah lelaki. Teng-teng, batu seremban, polis sentri, perang-perang, masak-masak dan sorok-sorok merupakan permainan yang mereka cuba lakukan bagi melupakan ingatan untuk makan dan minum. Matahari yang terik beralih memencilkan diri apabila senja mula melabuhkan tirai. Sekumpulan kana-kanak duduk berceloteh di hadapan padang di sebelah rumah Encik Jalil.
"Jomlahlah buka puasa, Syukri, Uji, Abul, Yati, Ahcum, Kak Halus dan Wan semua dah buka puasa" ajak Syukri.
" Ala, kita kan budak-budak lagi. Tak kan kena marah punyalah" ujar Uji.
"Jomlah, Ana. Nor pun dah tak larat lagi ni. Tekak dah kering ni. Boleh ea? Pujuk Nor.
"Sabarlah Nor,dah nak petang. Sanggup ke nak jaga kucing dan adik-adik masa semua orang buka puasa nanti? Tanya Ana kembali kepada Nor.
"Hmm, tak nak" jawab Nor menundukkan kepalanya sambil memikirkan peristiwa berbuka puasa yang lalu ketika umurnya lima tahun.
"Hah, korang nak hasut adik-adik aku buka puasa ea! Tak baik tau. Dah petang ni pergilah korang balik" pinta abang Udin yang tiba-tiba berada di belakang Ana dan Nor.
"Mana ada. Abang Udin macam ustazlah. Kita orang bincang nak beraya sama-sama nanti" dalih Ahcum.
Kak Halus sudah mula berguling-guling di atas pasir. Abul dan yati yang berumur lima tahun sudah mula mengeletek-geletek badan kak Halus. Insan instimewa itu puas ketawa riang dengan suara yang sangat halus.
" Kak Ahcum, dah lah. Jomlah kita balik, nanti mak marah. Kak Halus dah kotor tu ajak Wan, adik bongsu kepada Kak Halus dan Ahcum.
"Bagus, Wan. Syukri bawalah Abul tu balik teruk sangat comotnya tu. Uji, kau pun bawa yati balik. Ana dan Nor, cepat masuk sebelum abang bagi tahu ibu dan ayah!" tegas abang Udin menyuruh kami pulang.
"Macam Pak Ustaz la abang Udin ni" ujar Syukri perlahan tetapi masih boleh di dengar oleh abang Udin.
Anak-anak Pak Cik Kadir, Arwah Pak Cik Ali dan Pak Cik Ribut perlahan-lahan bangun daripada tanah pasir untuk bergerak balik. Sebaik sahaja mereka hendak melangkah pulang, Abang Udin sempat menyampaikan kata-kata teguran yang menyentap hati nakal kanak-kanak tersebut.
"Kamu semua, sekejap! lupa pulak nak bagi tahu. Ibu dan Ayah kami hanya bagi duit raya pada orang yang puasa je. Puasa yang yang yok, pagi-pagi buka periuk tak main ya! Assalamualaikum!" ujar Abang Udin sebelum menarik tangan Ana dan Nor balik ke rumah yang hanya beberapa langkah sahaja daripada tempat mereka berkumpul.
"Apa?!" jerit Abul, Yati dan Iwan serentak.
"Alamak, sia-sia je kita buka puasa hari ini ujar Achum. Syukri hanya mengangguk.
Buka puasa kali pertama bersama-sama dengan ahli keluarga yang berpuasa pada maghrib itu memberikan tanda ingatan buat Nor selamanya. Malam itu menjadi satu kenangan buat dirinya kerana tiada lagi jerit suaranya menurunkan kucing daripada menggangu keluarganya berbuka puasa. Kini, suaranya menjadi ketua untuk membaca doa berbuka puasa.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat:
- Keluarga tercinta: Encik Jalil bin Yusoh, Puan Noraini binti Yim, Khairulddin bin Jalil, Diyana binti Jalil, Siti A'fiat binti Jalil, Al Omar Dinie bin Jalil dan Umi Alwanie binti Jalil.
- Teman bermain
Muhamad Syukri bin Ali (Syukri)
Hasbullah bin Ali (Abul)
Muhamad Fauzie bin Kadir (Uji)
Puan Nur Hayati binti Kadir (Yati)
Kalthom binti Ribut (Kak Achum)
Muhamad Ridhuan bin Ribut (Wan)
Kasih binti Ribut (Kak Halus)
- Sahabat baik, Siti Hajar binti Abdul Wahab dan Zanariah binti Hamzah
- Sahabat-sahabat Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 2010/2011, Kolej Harun Aminurrashid,UPSI.
- Kawan -kawan SKIM dan staff pejabat Kolej Harun Aminurrashid, UPSI
- Rakan Seperjuangan AT05 Pendidikan Bahasa Melayu Batch 2009/2010, UPSI
- Ahli-ahli Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan KHAR, UPSI sidang 2009/2010 dan 2010/2011.
Pesanan khas seorang ustaz dalam sebuah ceramah:
- Ramadhan merupakan bulan membentuk ibadah. Cubalah untuk membuka mata hati kerana apabila diri dipandu dengan mata hati, anda akan bergerak ke satu jalan yang terbaik yang diredhai-Nya. Rebutlah malam lailaturqadar yang umpama 1000 bulan (83 tahun). Janganlah jadi hamba kepada bulan ramadhan tetapi jadilah hamba kepada Allah S.W. T.
Pesanan insan kerdil:
Kesyukuran kepada IIlahi kerana sekali lagi anda bertemu dengan bulan yang penuh barakah. Semoga harapan ramadhan anda kali ini akan termakbul dan dijalani dengan penuh tawaduk. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna...
ReplyDeleteAgar dapat ku lalui dengan..sempurna...OooOOooooo [ups terlebih sudah hihihi]
ReplyDelete