Monday, June 20, 2011

Puisi Rindu Anak Rantau


Suram malam semakin menyinggah
Jasad penat akal tersekat
Sesak jiwa rindu disanggah
Ronta membuak terpaksa diikat

Ombak menerjah alunan sepi
Empangan mata malu dibendung
Tangan kasar mahu dikucupi
Dakapan hangat saudara kandung

Sinar mentari mencengkam kulit
Ilmu dikutip bekalan diri
Lumrah dugaan terasa sulit
Timba pengalaman bukti mandiri

Hujan gerimis membisik hati
Teratak indah menerjah bakti
Anak rantau melangkah kembali
Memori kasih melakar abadi

                                                            Ibu dan Ayah

                                                                My Family

                                                          Teratak Ayah & Ibu

Friday, June 17, 2011

Lipatan terakhir sebelum pintu almari tertutup II



Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan sememangnya mengajar aku menjadi seorang yang perlu bersedia. Ya, bersedia menghadapi situasi dan karenah penghuni. Alhamdulilah, aku dipertemukan dengan seorang gadis yang diuji hatinya, H. Pada suatu pagi yang indah, di meja pendaftaran kemasukan pelajar ISMP sesi 2 2010/2011 aku terpandang seorang gadis yang sedang berjalan memasuki ruang pejabat. Entah, mengapa hatiku begitu teringin mengetahui kenapa dia memasuki ruangan itu. Sebaik sahaja aku menegurnya, dia mengatakan bahawa dia adalah seorang pelajar Diploma Awal Kanak-Kanak.

"Cikgu, saya semput. Boleh tolong hantar saya ke klinik?" Ujarnya.

"Boleh, tapi sekejap ya. Akak telefon felo ya" kataku kepada H.

Perjalanan ke klinik Tanjong Malim bersama Puan Diana Jumadi dan H berjalan lancar. Usai H di periksa dan diberikan bekalan ubat untuk kegunaannya, Puan Diana mengerakkan keretanya . Aku dan Puan Diana mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya. Lama-kelamaan aku rasakan ada sesuatu keistimewaan dengannya. Aku dan Puan Diana memandang lalu tersenyum kerana masing-masing mengetahui bahawa H mempunyai keistimewaannya sendiri. Perjalanan dan perbualan kami terhenti sebaik sahaja kereta Puan Diana memasuki perkarangan kolej kediaman yang ku sayangi ini. Sebelum aku meninggalkannya aku sempat memberikan nombor telefon untuk membantunya jika terdapat sebarang masalah. Ya Allah, moga kau sentiasa lindunginya. Amin.

Kesibukan program terbesar kolej, Karnival Insaniah Bestari 2011 membuatkan aku lupa kepada insan istimewa ini. Beberapa mesejnya masih aku sempat balas, namun tidak bersua muka namun Roomateku, Aisyah ada juga beberapa kali menemuinya. Jika tidak salah hari terakhir program KARIB'11 aku terjumpa dengannya. Perbualan bersama H terbatas kerana kesibukanku menguruskan pameran. Alhamdulilah, beberapa hari kemudiaanya sesuatu telah berlaku...

" Fatin, kenapa ada orang pindah kat umah kita? Tak cakap dengan Zurin pun." ujar Zurin di dalam telefon. Aku di hujung talian menjadi kaget buat seketika.

"Ya Allah, siapa tu? Fatin tak pernah ajak sesiapa pun. Budak tu pakai cermin mata ke? Sekarang Zurin kat mana?" ujarku.

"A"ah. Dia bawa semua barang. Sekarang Zurin tengah tolong dia angkat barang kat lif aras 5. Dia kata nak duduk dengan Cikgu Fatin. " jawab Zurin.

Dalam kekalutan itu, entah kenapa aku berasa takut. Lantas aku meminta Zurin balik ke rumah. Aku, Zurin dan Aisyah duduk mendiamkan diri di dalam rumah. Pintu rumah di ketuk bertalu-talu di luar rumah sehingga menganggu ketenteraman jiran. Sebaik sahaja kak Jah pulang ke rumah, lantas dia menelefon YDP, abang Isam untuk membantu kami.

Kemudian, sahabat-sahabat JMK lelaki datang untuk menyamar menjadi pengawai keselamatan. Benar, aku berasa lucu dengan sahabat-sahabat aku ketika itu. Sayang juga mereka kepada kami ya(^-^).

Setelah 15 minit berlalu, aku keluar menemui H. Aku cuba memujuknya walaupun H berkeras untuk tinggal bersamaku. Beberapa alasan terpaksa aku keluarkan. Akhirnya, 20 minit kemudian aku dan Kak Jah berjaya memujuknya untuk pulang ke biliknya. Alhamdulilah Ya Allah...

Malam itu, aku benar-benar memahami bahawa di dalam dunia ciptaan-Nya ini pernuh dengan ragam manusia. Diri setiap individu itu tidak serupa...Betapa Agungnya ciptaan-Mu Ya Rabbi...

Selepas kejadian malam itu, H semakin dekat diriku. Aku cuba untuk membantunya sedaya upaya bersama dua partnerku, Awin dan Hala, kak Jah, Abang Isam dan pihak pengurusan yang juga turut bersamaku. Terima kasih ya sahabat!

Cuti perayaan Cina menyaksikan perpisahan aku dengan H. Lambaian terakhirnya untuk pulang ke kampung yang juga merupakan kampung halamanku. Selepas sebulan H tidak pulang ke kolej, H memberitahuku bahawa dirinya menangguhkan pengajiannya. Alhamdulilah, seminggu selepas minggu peperiksaan, H datang bersama kakak, ayah dan maknya untuk mengambil barang-barangnya. Semasa aku meyalami tangan makya,....

" Fatin, terima kasih kerana membantu anak mak cik. Mak cik tahu yang H banyak susahkan Fatin. Tak berbalas jasa kamu ni nak. Mak cik dah cuba untuk merawat H, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Maafkan H ya, Fatin." ujar mak H kepadaku. Wajah redup itu semakin redup dengan genangan air mata di wajahnya.

Syukur ya Allah. Sebaik sahaja kereta Viva hijau itu meluncur laju, aku rasa seperti telah memulangkan seorang insan kepada pemiliknya yang sebenar. Ya Allah, semoga H sentiasa dilindungMu. Amin Ya Rabalamin.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Entri ini sebenarnya sengaja aku post selepas Kursus Pemantapan Organisasi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej agar benar-benar aku rasakan indahnya memegang jawatan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan. Entri ini khas ku ucapkan untuk Rakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Sidang 2010/2011 dan partnerku, Awin dan Hala.



Buat Rexcoku,

" Terima kasih tidak terhingga atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Mengenali setiap daripada kamu semua merupakan anugerah yang tidak ternilai. Ragam kalian yang ceria, nakal, bertanggungjawab dan komitmen dalam biro membuatkan akak menjadi semakin memahami kehidupan ini. Semoga jalinan ukhwah antara kita tidak terhenti begitu sahaja, InsyaAllah, Amin.

Buat Rexcoku yang kini menjadi khalifah...
Mohd Ilham bin Ahmad

" Tabah dan sabar dalam menjadi pemimpin ya dik. Ilham mampu lakukannya! Be good leader. Ingat kata-kata Encik Suniza masa hari temuduga REXCO dulu..."

Siti Zulaidah binti Salsidu

" Ketenangan Lai itu merupakan ubat untuk setiap hati-hati yang bakal Lai akan rawati. Wujudkan hubungan yang baik antara Lai dan Ilham".

Mohd Hafiz bin Sham

" Kekuatan hati dan perkongsian merupakan jalan terbaik ketika di saat kita memerlukan tempat mengadu. Hafiz, kautlah ilmu kepimpinan dalam JMK dengan jaring yang kental dan utuh ya".

Buat partnerku,
Norazwani binti Mohd Azhar

" Adik ku sayang, terima kasih atas sokongan adik dalam membantu akak memimpin 40 orang anak buah kita. Akak bersyukur kerana dikurniakan teman seperjuangan seperti adik. Susah payah, pahit getir, gelak dan tawa semuanya kita pernah lalui bersama. Mengenali adik membuatkan akak semakin tabah. Syukran, Awin."

Norhalawati binti Zulkifli


"Adik ku sayang, terima kasih atas kerjasama. Akak akui, tanpa Hala disisi akak agar sukar untuk akak untuk mengawal anak-anak buah kita. Keberanian dan kecekalan Hala mengajar akak erti kepimpinan yang sebenar. Semoga berjaya dalam taklifan yang sedang dipikul kini. Syukran, Hala".

Buat penasihatku,
Rosdi bin Muji dan Radziah binti Muhd Rejab
"Terima kasih atas tunjuk ajar kalian berdua sejak Fatin jadi REXCO lagi sehinggalah detik ini. Tidak terbalas ilmu kepimpinan yang abang Wak dan Kak Jah berikan kepada Fatin. Maaf silap dan salah sepanjang perkenalan kita. Sayang kak busyuk dan abang senyum"



Alhamdulilah ya Allah, kesyukuran kepada-Mu akhirnya..Lipatan Terakhir sebelum pintu almari ditutup telah pun dikunci dan tersemat akhirnya dalam lipatan sejarah ingatan dan hati insan kerdil ini. ( ^ - ^ ).

Wasalam.