Mengapa kadangkala ada manusia boleh menjadi gila dek kerana terbeban dengan tanggungjawab? Sedangkan sesuatu tanggungjawab yang diberikan memang menjadi kehendak seorang individu itu sendiri ataupun tanggungjawab yang diberikan memang dipilih oleh-Nya untuk dipikul oleh hamba-Nya yang terpilih..
Surah Al-Azhab ayat 72 halaman 427...
Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikulah amanah itu oleh manusia. Manusia begitu sombong untuk menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka tidak dapat memegang amanahnya.
Ayat ini jelas menggambarkan bahawa tanggungjawab khalifah ini hanya mampu dipikul oleh manusia. Setiap manusia memang sudah dikurniakan tanggungjawab. Tipulah jika ada insan muka bumi Allah ini tidak pernah menjalankan tanggungjawab.
Tanggungjawab dalam kamus Dewan edisi Keempat bermaksud kewajiban yang dipikul oleh seseorang atau segala yang wajib ditanggung. Rasanya anda semua tika ini sedang memikirkan tanggungjawab atau amanah diri sendiri bukan? Ayat terkhir daripada surah al-Azhab jelas mengatakan bahawa seorang manusia itu akan menerima balasan neraka jika tidak melaksanakan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya.
Masa, wang dan tenaga perlu dicurahkan dalam melaksanakan tanggungjawab. Benar bukan? Namun, itu semua mahar yang perlu dibayar daripada amanah yang dipikul. Teka-teki Imam Ghazalie kepada murid-muridnya juga ada mengatakan: "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH".
Aku teringat kembali semasa menghantar seorang penghuni kolej yang menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Seremban. Sedang asyik menekan kekunci komputer ribaku tiba-tiba mataku ternampak sebuah keluarga. Si ayah di atas kerusi roda, si ibu sedang mendokong bayi dan dua anak perempuan yang dalam lingkungan 2 dan 4 tahun berjalan ke arah ruang menunggu di hadapanku.
Si ayah bergerak ke hadapan untuk mengambil nombor giliran. Si ibu pula sedang sibuk menenangkan bayinya menangis. Waktu itu aku hanya diam dan memerhatikan situasi itu..
Si ibu meminta si kakak untuk mengambil botol susu untuk adik kecilnya. Pada masa yang sama adik keduanya (angah) mengajaknya bermain di satu sudut. Tika itu, si ayah memanggil si kakak sulung yang dalam perkiraanku sekitar umur 4 tahun.
Ayah: Kakak mari sini, tolong ayah.
Angah: Kakak, jom main kat situ..
Ibu: Kakak ambilkan botol susu adik dalam beg sekejap..
Kakak: Jap ye baby, akak ambilkan. (Lalu melangkah). Ayah jap lagi kakak datang (sambil tersenyum ke arah ayahnya). Adik, nanti kita main ye..
Selepas memberikan botol susu yang diberikan kepada ibunya, si kakak mengajak si adik (angah) untuk pergi kearah ayah mereka. Kelihatan si ayah berkata sesuatu yang kurang jelas butirnya di telingaku. Kemudian, si kakak yang berbadan kecil itu menolak kerusi roda si ayah untuk bergerak ke arah si isteri yang sedang sibuk mendodoikan bayinya. Usai itu, si kakak bermain dengan si angah yang agak aktif bergerak. Ruang menunggu agak riuh dengan suara riang tawa mereka.
Saat itu, aku mula terfikir..Ya Allah! dalam umur sekitar 4 tahun si kakak sudah memahami tanggungjawab yang perlu dipikul. Tubuh kecil yang comel dan tak lekang dengan senyuman itu sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
Aku yang hanya memerhatikan sekeluarga itu tiba-tiba terdengar suara-suara kecil di belakang, mungkin daripada dua orang lelaki berbangsa india yang bertutur bahasa Inggeris...
Lelaki 1: Look at the young girl.
Lelaki 2: Oh, I see. She can help her mother and father. Very good right!
Lelaki 1: I think she already know her responbility. So good. I not sure when I getting old, is that my child would care me or not..
Lelaki 2: Ya, you're rght. Lately, my child very busy with their job.
Lelaki 1: Ya, they do not call me. Look now, I'm in Hospital for medical check up but I think all my child dont know where I'm going..
Lelaki 2: I'm jealous when look them...
Usai itu, kakak yang aku hantar diminta untuk masuk ke bilik doktor. Aku mengekorinya ke dalam bilik doktor. Dalam minda jelas memikirkan kata-kata dua insan itu tadi.
Ya, jelas sekali.. Tanggungjawab seorang insan sangatlah berat. Namun, tanggungjawab itu mampu kita laksanakan dengan izin-Nya. Benar, kata-kata orang jangan terlalu taksub untuk mengejar tanggungjwab mahupun jawatan tetapi dalam pada itu kita sendiri boleh melihat pada diri sendiri sama ada kita mampu atau tidak dalam memikul sesuatu tanggungjawab. Cuba sedaya upaya dalam setiap yang dilakukan. Kata-kata ini juga buat diriku yang kadang kala tidak lepas ketandusan semangat untuk terus kuat dalam menjalankan amanah yang telah diterima. Aku yakin setiap tanggungjawab yang diamanahkan pada kita mempunyai banyak hikmah yang akan dapat daripada-Nya. InsyaAllah..
Semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya, seorang anak, mahasiswa/i dan lain-lain..Amin. ( ^ - ^ )




