Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatu
Dunia ini umpama pementasan drama yang penuh dengan lakonan, para pelakon dalam kisah hidup yang tersendiri. Masing-masing "sibuk" menjalani kehidupan sebagai seorang manusia. Masa kecil hidup penuh warna-warni yang indah tanpa masalah yang perlu difikirkan, apabila umur meningkat remaja masalah mula bertambah dek kerana mengejar ilmu kedewasaan sehinggalah ke alam dewasa yang penuh dengan ranjau kehidupan yang berliku. Masa terus berlalu bak kata orang "rambut daripada warna hitam sehinggalah berubah warna putih". Mungkin anda sudah lali mendengar kata-kata ini :
"Alamak umur dah bertambah la!, Tak mengapa la! Apa nak risau, umur 23 tahun muda lagi. Esok-esok dah pencen mengajar nanti masih sempat jadi penghuni setia masjid atau surau. Bak kata budak- budak sekarang kata "Relax Bro" " ujar Uwais dalam hati sambil tersenyum.
Ya umur anda mungkin muda sewaktu membaca entri ini. Tetapi sedarkah setiap detik yang berlalu jelas menunjukkan umur sentiasa meningkat. Kematian tidak mengenal erti tua atau muda. Kematian bukan sesuatu yang boleh kita jangkakan. Kematian sesuatu yang pasti kepada setiap ciptaan-Nya. Sedar atau tidak masa semakin suntuk untuk kita mencintai-Nya dan rasul-Nya. Sudah pastikah amalan kita cukup untuk dibawa ke akhirat nanti? Anda sendiri yang boleh menjawabnya.
Berapa kali baca kalam Allah?
Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan al-Quran kita?
Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang ditulis dalam al-Quran?
Sejauh manakah kita merasakan bahawa al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada acuan al-Quran?
Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.
“Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”.
“Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.
“Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”.
“Ye ke Quran ni lengkap?”.
“Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.
“Dah lama dah tak baca. Tak sempat la. Sibuk sikit..”
Kalau begini layaknya sikap kita terhadap al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan al-Quran?
Bagaimanakah mungkin al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tidak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya?
Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan ‘mengisi masa lapang’ atau ‘mesti’ cari masa untuk dibaca?
Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?
Ya, al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi pengubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Konstantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam.
Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan al-Quran ini?
Adakah salah al-Quran atau salah Umat Islam?
Tadabbur. Itulah kunci yang akan memberikan impak al-Quran dalam kehidupan kita. Menghayati dengan ertikata yang sebenar, meyakini dengan sepenuhnya dan membawa segala mesej tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan.
-Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya.
-Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam al-Quran.
-Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah.
Namun al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati al-Quran, menjadi ‘Al-Quran yang bergerak’, hidup dengan acuannya.
Firman Allah:
“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa’: 82)
“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” (Muhammad: 24)
Maka sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai. Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama’ seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub, dan tafsir-tafsir lain.
Kita selak dan kita dalami al-Quran. Insya-Allah, hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.
“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), Kitab suci al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).” (Al-Kahfi:1)
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/al-quran-yang-kita-abaikan/#ixzz1hwUHz3ne
Solat sempurna 5 kali sehari? Zakat harta dah bayar?
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis? ”Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
Sumber: http://nuraiman.wordpress.com
Hati dan bibir basah dengan zikir-Nya?
Adakah kita berzikir setiap hari,
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melawati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun syurga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir ini, apa lagi menyebutnya. Ketenangan yang tiada abadi bagi orang yang berzikir ini, hanya orang yang selalu mengamalkan tahu, nikmatnya berzikir.
Kelebihan orang yang berzikir :-
-Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.
-Zikir menyebabkan Allah redha
-Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
-Zikir menggembirakan hati
-Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
-Zikir memurahkan rezeki
-Zikir adalah sinaran hati dan muka
-Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
-Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
-Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
-Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
-Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
-Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
-Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
Contoh lafaz zikir:-
Subhanallah.
100 kali mendapat 1000 pahala dan diampunkan 1000 dosa.
Subhanallahiwabihamdihi.
100 kali diampunkan segala dosa walau seperti buih di lautan.
LA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LASYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLISYA`IN QODIR
100 kali mendapat seribu pahala dan dihapuskan 1000 dosa dan dilindungi daripada gangguan syaitan.
La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Sebanyak mungkin mendapat timbangan mizan yang berat dan lafaz yang paling disukai oleh Allah YangBersifat Ar-Rahman.
Semoga kita terus dapat mengamalkan zikir dengan hati yang ikhlas, semoga Allah mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan setiap hari. Sedangkan nabi adalah maksum dijanjikan syuga, namun tetap berdoa memohon keampunan kepada Allah, sehingga kedua tapak kakinya bengkak.
Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.
Sumber: http://zikrihusaini.com
Sedekah dan amal jariah?
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga perkara : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari).
SADAQAH JARIAH – KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
-Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
-Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda mendapatkan kebaikan.
-Sumbangkan kerusi roda ke rumah sakit dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
-Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
-Tempatkan pendingin air di tempat umum.
-Berkongsi bahan bacaan yang bermanfaat dengan seseorang.
-Libatkan diri dalam mendirikan masjid.
-Memberi CD Quran atau Do’a.
-Bantulah pendidikan seorang anak.
-Berikan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Sumber: http://mindahebat.com
Macam-macam persoalan membelenggu hidup hamba-Nya. Ada yang kita buat ada yang kita tak buat kan? Pokok pangkalnya, anda sendiri mengetahui tahap kecintaan anda kepada-Nya. Anda tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk mencintai-Nya kerana Allah S.W.T sentiasa menanti setiap hamba-hamba-Nya untuk jatuh cinta buat selama-selamanya teristimewa kepada-Nya.
Pesanan insan kerdil:
Buat muslimin dan muslimat mungkin lagu saujana " Suci Sekeping Hati" dapat menjelaskan sedikit perkara yang anda ketahui sekiranya hati anda mula goyah dalam mengejar cinta-Nya (Kata-kata ini juga untuk renungan penulis kerana setiap kata-kata itu akan diuji oleh-Nya). Wallahualam.
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Mata Hati yang memandang akan mencoret kata-kata untuk mengerti dan memahami ciptaan-Nya...
Friday, December 30, 2011
Friday, December 9, 2011
Nilai Kasih Sayang Seekor Haiwan
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatu dan salam sejahtera...
Minggu-minggu akhir seorang pelajar terus berputar...Kelas puisi isnin lepas begitu bahagia dengan gelak ketawa apabila pelajar-pelajar Korea mendeklamasikan sajak yang mereka cipta sendiri. Saya sendiri kagum dengan cara penulisan pelajar-pelajar Korea. Namun, sajak yang telah direka oleh Kris (Nama Melayu) begitu menyentuh perasaan.
Malaysia banyak kucing
Rakyat Malaysia seperti kucing
Malu seperti kucing
Ada tiga jenis kucing
Ada kucing Cina
Ada kucing India
Ada kucing Melayu
Kucing-kucing hidup bahagia
Sajak diatas merupakan sedikit picisan sajak yang dipetik daripada sajak Kucing karya Kris. Pensyarah kursus Puisi, Prof. Madya Dato' Paduka Rusli bin Saludin lantas meminta penterjemah untuk menerangkan pengertian sajak Kucing yang telah dicipta oleh Kris. Saya memandang sajak itu dari sudut pandangan yang berbeza daripada penterjemah yang telah dipanggil dihadapan. Pada pendapat anda sendiri apakah pengertian yang anda fahami daripada sajak itu?
Saya melihat daripada pelbagai sudut iaitu dari segi perpaduan masyarakat di Malaysia dan sejauh manakah nilai kasih sayang rakyat Malaysia terhadap haiwan. Nilai kasih sayang kepada haiwan?
Islam amat menggalakan kita sayang akan haiwan. Nabi Muhammad S.A.W menuntut insan melayan haiwan dengan baik dan mengharamkan penganiayaan terhadap haiwan.
Sabda Nabi saw maksudnya:
“Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Imam al-Nawawi mengatakan: Walaupun hadis ini umum, maksudnya khusus kepada haiwan yang perlu dihargai nyawanya. Iaitu haiwan yang tidak diperintahkan agar kita membunuhnya. (‘Aun al-Ma’bud).
Dari Abdullah, dari bapanya, dia berkata (maksudnya):
“Kami pernah bersama Rasulullah saw dalam suatu safar, lalu baginda pergi untuk suatu keperluan. Waktu itu kami melihat burung pipit bersama dengan kedua anaknya, kami ambil kedua anak burung pipit tersebut, lalu datanglah ibunya. Dia mengepak-gepakkan sayapnya. Ketika Rasulullah saw datang, baginda bertanya: “Siapa yang membuat risau burung ini terhadap anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya!”. Baginda juga pernah melihat sarang semut yang kami bakar. Baginda bertanya: “Siapa yang membakar ini?” kami menjawab: “Kami” lalu Baginda bersabda: “Tidak seyogianya mengazab dengan api kecuali Rabbnya api.” (Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan sanadnya oleh al-Arnauth)
“Bahawasanya Rasulullah S.A.W pernah memiringkan bejana untuk seekor kucing sehingga kucing itu minum (darinya) dan kemudian Rasulullah saw berwudhu dengan air sisanya.”(Hadis Sahih Riwayat Thabarani).
Janganlah kita menyiksa binatang tanpa belas kasihan sebaliknya pandanglah haiwan itu dengan perasaan belas kasihan. Ikuti sisipan daripada Blog Syariat Kasih.
Memang manusia berbeza dengan haiwan yang hanya dibezakan akal untuk memikirkan kehidupan di dunia ini. Dunia sekarang, manusia seumpama haiwan yang tiada akal untuk berfikir. Pelbagai isu, masalah dalam dunia yang dilakukan oleh manusia boleh dikatakan lebih teruk dari kelakuan haiwan itu sendiri. Sebab itulah apabila mendengar kes-kes luar kawalan kita seperti membuang bayi, membunuh secara kejam dan banyak lagi, tanggapan kepada pelakunya 'manusia berhati binatang', digunakan binatang sebab lebih kasar menandakan tahap kemarahan dalam tanggapan masyarakat. Justeru, ada yang beranggapan, binatang/haiwan lebih baik lagi dari manusia yang bersikap kebinatangan tersebut.
Baru-baru ini rasanya kecoh satu dunia tentang kes langgar seorang kanak-kanak di China yang menggemparkan isunya masyarakat yang berada di tempat kejadian tak memberi bantuan kepada mangsa tersebut. Malah dibiarkan begitu sahaja, hanya diperhatikan. Ada pihak mengatakan bantuan tak boleh diberikan akibat kepercayaan mereka terhadap sistem undang-undang yang membebankan masalah kepada sesiapa yang menolong kepada mangsa.Bukan undang-undang tersebut tetapi mangsa yang diberi bantuan tersebut mengambil kesempatan atau beranggapan mangsa dianiaya. Itu alasannya. Sebab itulah kanak-kanak tersebut dibiarkan walaupun sudah diberi pertolongan, dan semalam dimaklumkan dalam berita, kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia. Itulah kesudahannya tatkala jika bantuan diberi awal, kemungkinan kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan lagi.
Kisah apabila seekor anjing menyelamatkan anjing yang lain dalam satu kesesakan lalu lintas. Anjing yang telah dilanggar terbaring ditengah-tengah jalan dan lalu lintas dapat diperhatikan sesak dari segi kelajuan kenderaan untuk bergerak. Namun, seekor anjing ini sanggup menyelamatkan anjing yang dilanggar tersebut yang sanggup meredah kenderaan yang bergerak laju untuk membawa ke tepi jalan. Bayangkan, anjing menyelamatkan anjing lain dalam kesesakan lalu lintas dan bila-bila masa saja, anjing penyelamat tersebut berisiko dilanggar juga.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehangatan matahari yang agak terik di tepi gelanggang kolej Harun Aminurrashid tidak mematahkan semangat dua insan yang sibuk mengejar seekor kucing comel. Kucing comel berbulu oren akhirnya berhenti lalu merebahkan tubuhnya di atas kerusi batu. Dua insan yang kelihatan penat mengejar akhirnya berjaya mendapatkan kucing yang telah menarik perhatian mereka.
"Kenapa Yan suka sangat pada kucing ya?" Tanya Nor kepada Yan sedang membelai seekor kucing berwarna oren di ribaanya.
"Sebab kucinglah adik Yan." ujar Yan ringkas sambil mengusap-gusap bulu kucing yang begitu bahagia diperlakukan sedemikian rupa.
"Adik Yan? Yan tak ada adik-beradik ke?" tanya Nor lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yan.
" Ya, Yan anak tunggal. Sejak kecil sehinggalah sekarang, Yan keseorangan. Jadinya, Yan pun anggap semua kucing-kucing adalah adik-beradik Yan." jawab Yan jujur dan lembut menjawab pertanyaan Nor.
"Kesiannya Yan. Tiba-tiba Nor teringat pula pada Ayah Nor. Ayah Nor dulu agak tak suka pada kucing. Ayah mesti marah kalau nampak kucing naik atas meja makan. Ayah selalu warning kucing-kucing supaya tak masuk dalam rumah. Sampai kalau kucing terserempak dengan ayah kat dalam rumah, kucing-kucing tu macam nampak hantu terus sahaja lari lintang pukang keluar rumah" ujar Nor sambil tersenyum mengingatkan pelakuan ayahnya.
" Ya ke Nor? Kelakarnya ayah Nor. Sekarang pun dia masih garang lagi ke pada kucing-kucing tu? Tanya Yan pula seperti tidak sabar mengikuti cerita Nor yang seterusnya.
" Hmm, sekarang ayah dah tak macam dulu. Kat rumah tinggal ayah dan ibu Nor je sekarang. Adik-beradik Nor semua sambung belajar. Jadinya, ayah keseorangan. Sebagai pengubat kesepian dan rindu pada anak-anak, ayah sekarang sudah berbaik-baik dengan kucing-kucing kat rumah tu. Ibu Nor yang cerita pada Nor semasa Nor pulang cuti pertengahan semester yang lalu." ujar Nor penuh semangat.
Dua insan tersebut berlalu meninggalkan si kucing yang terlena di atas kerusi batu yang teduh kerana adanya rimbunan pokok yang berdiri setia. Hati dua sahabat pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang tenang kerana dapat merehatkan diri bermain kucing. Alhamdulilah kerana Allah S.W.T menemukan mereka dengan satu ciptaan-Nya yang unik itu.
Sabda Nabi saw maksudya:
"Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurung sampai mati. Wanita itu masuk neraka kerananya. Dia tidak memberi makan dan (tidak juga) minum kepada kucing itu ketika dia menawannya. Dia juga tidak melepaskannya agar dapat makan serangga-serangga yang ada di bumi." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan insan kerdil:
Semua ciptaan-Nya sangat indah dan unik. Sebagai hamba-Nya yang lemah sentiasa beringat agar tidak sesekali menyakiti haiwan walaupun haiwan tersebut membahayakan nyawa kita. Sentiasalah membasahi lidah dengan zikir tulus kepada-Nya kerana haiwan dan tumbuhan yang dicipta oleh Allah S.W.T itu juga sentiasa bertasbih untuk-Nya (Renungan untuk penulis sendiri).
ALLAH S.W.T Berfirman maksudnya:
”Sesungguhnya bagi engkau pada diri Rasulullah saw. itu adalah contoh tauladan yang baik......’’.(Al Ahzab:21)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya:
“Aku telah meninggalkan ajaran agama Islam ini dalam keadaan yang amat terang dan jelas, Tiada seorangpun yang menyimpang daripada ajaran yang jelas ini selepas kewafatanku kecuali dia akan binasa.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)
Wallahualam.
Tuesday, November 29, 2011
Maal Hijrah 1433H
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Muharam, safar, rabiulawwal, rabiulakhir... Lagu bulan-bulan Islam yang dinyanyikan kumpulan Alarm Me.. Bulan muharam kini kembali lagi....tahun 1432H telahpun meninggalkan kita tahun 1433H pula datang menjelma...
Apa yang anda lakukan setiap tahun baru? Mesti ada impian dan azam untuk dilaksanakan bukan? Bulan Muharam merupakan pemangkin juga pencetus untuk melakukan sesuatu antaranya iaitu:
Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Oleh hal yang demikian, sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.
Berpuasa Sunat
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad). Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim). Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.
Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”. ( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid).Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik. Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.
Memasak Bubur ‘Asyura
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir r.a dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.
Doa Awal Tahun
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.(Surah Ghafir ayat 60). Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tetapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.
Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah…. Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris
Info Sejarah 10 Muharam
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Pesanan insan kerdil:
Alhamdulilah, hari ini kita sudah pun berada pada hari ke-3 dalam bulan Muharam. Kuatkan diri sekiranya anda sedang melaksanakan azam tahun baru anda. Saya yakin perubahan yang dilakukan bukan sesuatu yang mudah tetapi mungkin terselit beberapa pengorbanan yang perlu dilaksanakan. Sentiasalah positifkan diri untuk terus istiqama dalam perubahan itu. Ingatlah, niat dan azam yang baik akan diredhai-Nya. Amin. Tema Maal Hijrah kali ini iaitu “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Tanpa persefahaman antara masyarakat maka pincanglah perpaduan dalam kalangan ummah. Bersangka baik dan senyum selalu. Wallahualam.
Friday, November 18, 2011
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, saya dapat menulis atas kesempatan yang diberikan-Nya.
Kehidupan sebagai pelajar sememangnya sibuk terutama pada minggu-minggu menghantar tugasan. Namun, kesempatan yang berjaya dicuri daripada masa yang ada membuatkan kita punya masa pula untuk menghitamkan hati melalui pelbagai saluran. Hati membuak untuk berbicara mengenai virus yang telah berjaya membunuh infiniti hati berpunca daripadanya.
Dewasa ini prasangka dikenali sebagai masalah hati (berdasarkan pengamatan sekeliling di bumi Murabbi). Masyarakat Melayu ada mengatakan bahawa "kaum wanita dengan sikap berprasangka negatif tidak pernah lari". Frasa prasangka dan wanita? Bagaimana pula dengan kaum lelaki?
Persoalannya, bukan kaitan prasangka dengan status lelaki atau perempuan yang ingin dipersoalkan tetapi tentang frasa PRASANGKA itu!
Apakah maksud prasangka? Mengapa prasangka wujud?
Prasangka bererti membuat keputusan sebelum mengetahui fakta yang relevan mengenai objek tersebut. Awalnya istilah ini merujuk kepada penilaian berdasarkan bangsa seseorang sebelum memiliki informasi yang relevan yang boleh dijadikan dasar penilaian tersebut. Selanjutnya prasangka juga diterapkan pada bidang lain selain bangsa. Pengertiannya sekarang menjadi sikap yang tidak masuk akal yang tidak terpengaruh oleh alasan rasional.
John E. Farley mengklasifikasikan prasangka kepada tiga kategori.
Prasangka kognitif, merujuk pada apa yang dianggap benar.
Prasangka afektif, merujuk pada apa yang disukai dan tidak disukai.
Prasangka konatif, merujuk pada bagaimana kecenderungan seseorang dalam bertindak.
Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku dalam kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.
Hayatilah firman Allah S.W.T yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat ayat 12).
Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud,
“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Sejarah perjuangan umat yang panjang telah menyaksikan bahawa siri kemenangan umat yang lampau hanya tercapai apabila kekuatan umat yang ada pada ketika itu digembelingkan bersama-bersama dan mereka telah menjadikan kekuatan aqidah dan keakraban ukhuwah sesama sendiri sebagai tunjang perjuangannya.
Cuba kita renungkan bersama:
Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa dalam kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh?
Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?
Jom, luaskan dada dan perkasakan amal! (Sisipan daripada, Dr. Zainur Rashid Zainuddin)
Suka berprasangka
Ada prasangka baik
Ada prasangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya
Jauhi sikap suka berprasangka kerana ia bakal
Memusnahkan ukhwah seperti
Musnahnya kayu dimakan api …
Pesanan insan kerdil:
Elakkanlah berprasangka negatif sebaliknya bersangka baiklah kepada setiap manusia. (Renungan penulis sendiri). Mari sematkan kata-kata "Bangsa membaca bangsa berjaya" yang merupakan laungan daripada Perpustakaan Negara Malaysia agar kita membuka minda yang lebih positif. Wallahualam.
Sunday, October 16, 2011
Meniti usia
Bismillahirahmnirrahim
Panduan Meniti Usia Menurut Islam
Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap-tahap berikut;
1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak-kanak sudah boleh membezakan baik dan buruk dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiznya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa dan jika berbuat baik tiada pahala, ibu bapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.
2) Pemuda/pemudi
Bermula dari umur baligh hingga umur 40 tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya. Jika ada sikapsikap buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40 tahun.
3) Orang tua
Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi Muhammad S.A.W juga menerima wahyu ketika berusia 40 tahun, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yang mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba-hamba ciptaan-Nya.Jika sesuatu tabiat-tabiat buruk berterusan melepasi 40 tahun maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat-tabiat buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya, jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat-tabiat buruk itu sebelum umur 40 tahun, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud ;
Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu Rahmat-Nya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan daripada 3 jenis bala, iaitu GILA( al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebahagian putih-putih.
Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yang mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa-dosa yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa-dosa kecil yang berterusan yang kita buat itu (sebagai contoh:merokok,pakai seluar pendek, tak tutup aurat dengan betul) yang menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.
Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.
Apabila telah mencapai umur 70 tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi larangan-Nya dan juga telah melalui umur dan mendapat hadiah tersebut di atas.
Apabila telah mencapai umur 80 tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik sematamata kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa-dosanya, sedangkan pahala berterusan dicatit.
Apabila telah sampai umur 90 tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah pada umur sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;
1. Mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia.
2. Menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah Rahmat-Nya kepada orang ini.
3. Juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka.
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan di Rahmati Allah & dipermudahkan urusannya.
Tips daripada Saidina Ali Karamuallahuwajhah;*** Jika ingin menjadi orang yang apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN***
Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca Al Quran itu menjadi amalan yang berterusan.Doa pada umur 40 tahun :
(Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15)Bermaksud ;Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, Rahmat-Mu untuk aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang-orang Islam (orang yang mengamalkan Rukun-rukun Islam).
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruang tamu di dalam sebuah rumah yang tersusun rapi dengan perabot menjadikan ruangan itu agak padat. Suara kesakitan jelas kedengaran sehingga meyebabkan suara televisyen kurang jelas kedengaran.
"Dulu tapak kaki Nor dua jari ayah aje, Sekarang berkali ganda!" ujar Encik Jalil sambil mengurut tapak kaki Nor yang terseliuh.
"Memanglah, Nor kan dah besar. Mana ada orang semakin lama semakin kecil ayah. Lawak la ayah ni" balas Nor tersenyum sambil mengoncang-goncang botol minyak Gamat Langkawi yang sudah hampir separuh botol digunakan.
"Asyik nak menjawabla Nor ni. Degil! Ni macam mana boleh terseliuh ni? Tanya Encik Jalil yang semakin kuat menekan-menekan bahagian yang terseliuh.
"Nor excited nak tengok cerekerama TV3 sampai tak perasaan ada bangku besi bulat kat tengah jalan. Kaki tersalah landing la ayah" jawab Nor sambil meyingkap kembali kejadian kelam kabutnya itu sehingga menyebabkan kakinya terseliuh.
"Buat malu je. Orang terseliuh sebab main bola ke, jatuh pokok ke, jatuh basikal ke, ni tak! Terlanggar bangku je, dalam rumah sendiri pulak tu!" sindir abang Udin sambil menjelirkan lidah mengejek Nor.
"Suka hati la, malang bukan berbau Encik Khairulddin oi! Bukan boleh pilih nak cedera macam mane, dekat mana! Sibuk je, jeles la tu ayah urut Nor!" jawab Nor mula menarik muka masam apabila disakat oleh abangnya.
"Masa tadika sape ntah yang jatuh longkang sampai tak boleh jalan tu. Hampir sebulan ayah kena dokong untuk pergi sekolah. Asyik susahkan orang je! Ujar abang Udin lagi semakin rancak menyakat adiknya yang ketiga itu.
" Ya Allah, nape la aku dapat abang yang kuat jeles ni. Biarlah, dah takdir Nor nak jatuh longkang. Ayah tengok abang ni saja je nak naikkan darah Nor. Ayah marahlah abang. Bising je dia ni!" jawab Nor mengadu kepada ayahnya.
"Sudah-sudah! asyik nak bergaduh je budak berdua ni. Abang, bukan ke nak keluar dengan Shafizam dan Saufi ke malam ni? Tanya Puan Noraini kepada anak sulungnya itu.
"A'ah, ibu. Kejap lagi. Saufi datang amik. Cuti semester ni kita orang plan nak pergi rumah cikgu Hashim sekejap. Nak melawat cikgu, dah lama tak jenguk dia" jawab Abang Udin yang leka menaip khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya.
"Dah besar dah korang semua. Nanti tinggal la ibu dengan ayah kat umah ni. Kejap ja rasanya masa berlalu. Macam baru semalam ibu suapkan nasi kat mulut korang. Nanti bila masing-masing dah berkeluarga susahlah korang nak balik" ujar Puan Noraini sayu.
Detik itu Nor dan Udin saling memandang antara satu sama lain kemudian tunduk. Encik Jalil hanya diam tetap setia mengurut kaki anak perempuannya. Kata-kata yang diujarkan oleh Puan Noraini adalah sesuatu yang pasti berlaku mungkin tidak sampai dalam tujuh atau lapan tahun lagi. Situasi realiti yang akan berlaku!
"Ibu dan ayah doakan la agar kami adik-beradik ni tidak pernah lupakan jasa dan pengorbanan yang telah diberikan ya " ujar abang Udin perlahan memandang Nor yang telah kembali mengangkat wajahnya. Suatu pengertian kehidupan yang cukup mendalam.
Peristiwa tiga tahun dahulu masih lagi segar dalam ingatan Nor. Hari ini genap umurnya 22 tahun dilahirkan ke dunia. Umur yang jika dikira merupakan satu tempoh yang sudah lama dipinjam untuk bernyawa di dunia yang fana namun, banyak lagi tanggungjawab yang masih belum terbayar. Nor bertekad andai umurnya panjang akan dikotakan tanggungjawabnya dan sentiasa berdoa agar hatinya tidak mudah berpaling daripada melupakan amanah sebagai seorang anak.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan insan kerdil
Umur hanyalah angka yang sentiasa bertambah sedangkan nilai kasih sayang dari anda kecil sehingga dewasa tidak pernah berhenti bertambah malah semakin bertambah dari semasa ke semasa hingga ke akhirnya. Ibu bapa mempunyai kedudukan di sisi Allah S.W.T sehingga Allah S.W.T memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya (Renungan penulis sendiri).
Sabda Nabi Muhammad S.A.W ”Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.(Riwayat Al-Hakim)

Wednesday, October 5, 2011
Bismilahirrahmanirahim..
BEBERAPA KISAH LUCU BERI IKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN. (Sisipan Tazkirah yang dipetik)
Ambillah sebagai pengajaran...kadang kala kita lupa diri kita yang sebenarnya.... apa yang kita selalu nampak ialah keburukan orang lain.
1)Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
2)Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
3)Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang di panggung.
4)Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
5)Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan yang bacaannya lama dan panjang.
6)Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
7)Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
8)Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.
9)Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
10)Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
11)Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
12)Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lawat e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berfikir dua kali. " Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa sesungguhnya bagi meraka kurnia yang besar dari Allah".
Pesanan: Tazkirah ini sekadar perkongsian agar kita memahami erti sebenar frasa "lucu" itu sebenarnya (renungan untuk penulis sendiri). Semoga kita dapat muhasabah diri agar menjadi lebih baik disisi-Nya. Amin. Wassalam.

Sunday, September 25, 2011
Detik itu emas
Masa rentetan waktu..menjaring serta menebarkan detik yang tak pernah berhenti berdetik.
Bismillahirahmanirrahim..
Pejam celik pejam celik, dua minggu kuliah sudah berlalu. Kesibukan jadual kuliah menyebabkan diri kita tidak merasakan betapa pantasnya masa berlalu.
Ingat lima perkara sebelum lima perkara....Lapang sebelum sempit...
Himpitan masa menyesakkan jiwa terutama tugasan yang mula tersusun tinggi, program, tanggungjawab itu dan ini. Tanggungjawab sebagai hamba Allah?
Qalam Allah sepi menyendiri, Mathurat terkulai kaku, tasbih tergantung derita....
Surah Al-Asr
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
KETERANGAN SURAH AL ’ASR
Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.
Pesanan insan kerdil
Pokok pangkalnya, setiap manusia mempunyai masa 24 jam sehari yang sama seperti insan lain. Tepuk dada tanya iman untuk mengatur masa kita dengan sebaiknya lebih-lebih lagi tanggungjawab sebagai hamba-Nya. (Renungan untuk penulis sendiri). Wallahualam.

Saturday, September 10, 2011
Puasa Enam di bulan syawal
Usai puasa di bulan Ramadhan, umat Islam digalakkan untuk berpuasa selama enam hari pada bulan Syawal. Isu puasa enam dalam kalangan muslimah hangat diperkatakan apabila memasuki bulan Al-Mubarak lagi. Apakah puasa enam dan puasa qada' yang sebenarnya? Mari meneroka pengertian puasa tersebut ...
Puasa qada
Puasa qada iaitu puasa wajib yang perlu diganti/dibayar (puasa Ramadhan, puasa Kifarat atau puasa Nazar) disebabkan oleh ketidakupayaan berpuasa.
Puasa sunat
Puasa sunat iaitu puasa yang sangat digalakkan oleh Allah S.W.T untuk hamba-Nya melaksanakannya.Terdapat pelbagai jenis puasa sunat antaranya puasa Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, Puasa 1 hingga 9 Zulhijah, puasa di bulan Rejab dan Syaaban, puasa enam di bulan syawal dan puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada bulan-bulan qamaria (tahun Hijrah).
Sisipan daripada Ustaz Zaharudin Abdul Rahman:
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?.Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun.Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut:-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik. Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW:
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103). Oleh itu, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Soal jawab puasa enam
Puasa enam mesti berturut-turut ke?
(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. (Sumber:Islamonline.net)
Picisan info makanan:
Amalan Rasulullah S.A.W:
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya KOKTEL
Makan buah-buahan sebelum makan nasi
Jangan campurkan makanan darat dengan makanan laut.
Pesanan insan kerdil
Marilah berpuasa dengan niat untuk memperbaiki diri yang lemah disamping menjaga kesihatan badan. Wasalam.
Wednesday, August 24, 2011
Untaian Ukhuwah
Bismillahirahmanirrahim
"Seekor kambing yang berada dalam sekumpulan kambing yang besar mampu menakutkan seekor serigala yang buas. Tambahan lagi, seberkas lidi tidak mampu dipatahkan berbanding sebatang lidi yang terasing sendiri."
Kehidupan sebagai hamba-Nya pasti tidak akan pernah berhenti daripada mengenali insan ciptaan-Nya. Jika dihitung orang yang kita kenali sejak lahir pasti susah untuk kita hitung, bukan? Perkenalan dan pertemuan memberikan satu perasaan yang tidak mudah diungkap di hati kita. Sememangnya detik permulaan akan menimbulkan satu perasaan yang kurang selesa namun, detik yang seterusnya akan mula lahir perasaan senang malah selesa. Proses perkenalan ini bergantung kepada sifat individu. Andai seseorang individu itu bersifat ekstrovert, proses perkenalan akan berlaku dengan cepat begitulah sebaliknya, bagi individu bersifat introvert.
Apakah maksud ciri-ciri peribadi ekstrovert dan introvert? Ekstrovert dan introvert digambarkan oleh Eysenck dan Eysenck (1975, dalam Aiken, 1993 : 86) seperti berikut iaitu ciri ekstrovert adalah mudah bergaul, suka acara keramaian, mempunyai banyak kawan, memerlukan kawan untuk bicara dan tidak suka membaca atau belajar sendirian, sangat suka kegembiraan, mengambil tantangan, sering menentang bahaya, berperilaku tanpa berfikir terlebih dahulu dan biasanya suka menurutkan kata hatinya, gemar akan gurau-gurauan, selalu siap menjawab dan biasanya suka akan perubahan, riang, tidak banyak pertimbangan (easy going), optimis, serta suka tertawa dan gembira, lebih suka untuk tetap bergerak dalam melakukan aktiviti, cenderung menjadi agresif dan cepat hilang kemarahannya, semua perasaannya tidak disimpan dibawah kawal dan tidak selalu dapat dipercaya (Aiken, 1993 : 86 – 87).
Manakala ciri introvert adalah pendiam, pemalu, gemar membaca, suka menyendiri dan menjaga jarak kecuali dengan teman yang sudah akrab, cenderung merencanakan lebih dahulu – melihat dahulu – sebelum melangkah dan curiga, tidak suka akan kegembiraan, menjalani kehidupan sehari-hari dengan keseriusan dan menyukai gaya hidup yang teratur dengan baik, menjaga perasaannya secara tertutup, jarang berperilaku agresif, tidak menghilangkan kemarahannya, dapat dipercaya, dalam beberapa hal pesimis dan mempunyai nilai etika yang tinggi (Aiken, 1993 : 87). Anda tergolong dalam kategori ciri sifat yang mana? Pada pendapat saya, kedua-dua sifat ini perlu ada dalam diri kita. Bagi anda?
Entri ukhuwah ini bertujuan untuk mengupas implikasi perkenalan dengan setiap insan. Perkenalan merupakan satu anugerah yang tidak terhingga yang dikurniakan kepada kita. Perkenalan mana yang tidak pernah diuji bukan? Ujian perkenalan ini akan jelas menilai sifat rohaniah diri kita. Ujian perkenalan datang dengan pelbagai bentuk misalnya khabar angin, perselisihan faham dan lain-lain. Secepat mana perilaku dan perlaku akan bertindak dalam proses pemulihan hubungan? Jawapannya, bergantung kepada sifat setiap insan. Seorang sahabat pernah menyampaikan tazkirah ada mengatakan bahawa apabila berlaku perselisihan jadilah orang yang memaafkan kerana lebih baik daripada menjadi orang yang dimaafkan, begitulah sebaliknya. Proses pemulihan akan cepat berlaku jika setiap daripada kita melaksanakannya. Pada pandangan saya, andai kita mahu menjadi orang yang memaafkan atau dimaafkan pastikanlah hati anda sudah bersedia dengan sesuatu yang bernama "keikhlasan". Tiada gunanya huluran kemaafan jika di hati masih bersarang dengan kepura-puraan.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Surah Al-Hujurat: 10)
Ukhuwah mengajar kepada setiap hamba-Nya bahawa makhluk ciptaan Illahi ini terdiri daripada pelbagai ragam dan sifat. Kebiasaannya, penilaian akan dilakukan oleh kita apabila melihat seseorang daripada luaran sahaja bak kata pepatah Inggeris " Judge the book because just like the cover". Ironinya, itulah fitrah seorang manusia yang dicipta untuk melihat sesuatu yang indah, cantik dan bersih. Selalunya kita akan memilih yang paling terbaik sedangkan dalam Al-Quran, jelas menyatakan:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Surah Al-Baqarah ayat 126 itu sangat mendalam pengertian yang perlu kita sebagai-Nya untuk mencari jawapan. Bagi saya dalam persoalan ukhuwah ini, surah ini membimbing kita agar jangan menilai seseorang hanya kerana hati merasai seseorang itu "indah, cantik dan bersih" sahaja. Walaupun hati kita masih berbekas rasa ragu- ragu, cubalah mendekati sahabat kita tanpa ada sekelumit perasaan curiga kerana percayalah anda akan mempelajari sesuatu daripada seseorang yang akan anda kenali itu. Bersedialah untuk menerima kelemahan dan kelebihan sahabat baru anda itu. Setiap pembinaan rantaian ukhuwah ini akan mematangkan diri anda dalam memahami kehidupan ciptaan-Nya. Bersyukurlah ke hadrat Illahi kerana menganugerahkan sahabat kepada anda (Kata-kata ini juga untuk renungan penulis sendiri).
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Syawal menjelma merupakan hadiah kesyukuran daripada bulan ramadhan yang penuh barakah. Salam aidilfitri 1432H buat semua muslimin dan muslimat:
- Keluarga tercinta dan sanak saudara.
- Teman bermain dan Sahabat baik.
- Sahabat-sahabat Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 2010/2011, Kolej Harun Aminurrashid,UPSI.
- Kawan -kawan SKIM dan Staff Pejabat Kolej Harun Aminurrashid, UPSI
- Rakan Seperjuangan AT05 Pendidikan Bahasa Melayu Batch 2009/2010, UPSI
- Ahli-ahli Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan KHAR, UPSI sidang 2009/2010 dan 2010/2011.
- Sekolah & Persatuan (warga/rakan): Tabika Kemas Sungai Suloh, Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh, Sekolah Agama Sungai Suloh, Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya,Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat & Johore Shooting Association.
Pesanan insan kerdil:
Ramadhan 1432H bakal menyingsing manakala syawal akan menjelma. Berdoalah kepada-Nya agar diizinkan untuk dipertemukan dengan Ramadhan 1433H pula. Syawal yang dirai moga akan menjadi titik tolak dalam memperkukuhkan rantaian ukhuwah yang telah lama terbina mahupun bakal dibina. Selamat hari raya adilfitri, maaf silap dan salah andai sepanjang coretan Bicara Kata ini pernah menyinggung perasaan anda kerana apa yang cuba dilakarkan merupakan sesuatu yang terlintas dari mata hati penulis dengan niat sekadar untuk berkongsi ilmu-Nya yang luas. Segala yang baik datang daripada-Nya dan yang buruk itu atas kelemahan penulis sendiri. Wassalam.

Tuesday, August 9, 2011
Sirna Suci
Persoalan hati melanda sukma
Gelodak ikutan memaksa rasa
Nafsu merasuk pertualang utama
Akal sengap mempelawa dosa
Alpa membuak disadur nista
Kelam jiwa gersang cahaya
Berkelana merata membuta mata
Terduduk lemah iblis berjaya
Pasungan ampuh bergetar goyah
Badai hasutan acap menerjah
Iman dihimpit bernafas payah
Fitrah menuntut hakikat jelajah
Pohon ihsan membenteng kubu
Helaan syukur hidayah menghujani
Batasan syariat peneraju kalbu
Inayat Illahi penaung insani
Nawaitu diri ikhlas memayungi
Janji disemai menyulam ukhwah
Mehnah iktilad seiring membayangi
Hakikat ikatan bukanlah lewah
Perbatasan waktu menilai harga
Pudarlah mahabbah tanpa agama
Persiapan ilmu membentuk keluarga
Fahami tanggungjawab perkara utama
Tinggi mahar bukan ukuran
Sederhana jalani merai walimah
Rumah rusuk pengemudi pelayaran
Bimbinglah zaujah menjadi muslimah
Tulus doa umpama lantera
Takdir Ar-Rabb redha dimamah
Restu keluarga payungi sejahtera
Lafaz sakinah menuntut warrahmah
Fatin Humairah,
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI
9 Ramadhan 1432H
Subscribe to:
Posts (Atom)