Alhamdulilah kepada-Nya kerana dengan izinnya aku kembali
mencoret "pena" ruangan alam maya ini..
Kesibukan dengan kuliah, tugasan dan program menjadikan semua pelajar
di dunia ini umpama tidak cukup masa 24 jam yang sang pencipta anugerahkan...
Benar bukan? Namun, aku dan kamu perlu sedar tidak semua orang mampu
menguruskan masa dengan baik.
Ilmu Allah S. W. T berada di mana-mana bahkan mahu menempel bedak
di muka juga satu ilmu yang kita pelajari sejak kecil. Aku berkesempatan
hanya kurang dua puluh kali pada semester ini untuk menjengah kutubkana
yang dahulunya saban hari aku jejaki. Namun, tiap kali aku memandang
buku-buku itu hatiku akan teruja untuk membaca semua buku jika aku
berkesempatan. Motifnya, entri kali ini berkisar mengenai ILMU ALLAH S. W.T.
Ilmu itu satu keperluan atau hakikat?
ISLAM menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud
merubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling
tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui
kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari
keredaan Allah.
Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi
Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi
membezakan antara seseorang dengan yang lain. Ini dijelaskan melalui
firman Allah bermaksud : “Katakanlah, adakah sama orang yang
mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Selain itu, ilmu pengetahuan juga alat bagi mencapai tahap keimanan
sempurna dan pengukur ketakwaan seseorang kepada penciptanya.
Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan
dan saling mempengaruhi.
Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi
Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi
mengukur sejauh mana ketakwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai
dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit.
Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti
Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti
ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud : “Allah akan meninggikan
orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu
pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)
Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.
Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.
Firman Allah bermaksud : “Katakanlah adakah sama orang berilmu
dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang
mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya
yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)
Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW
Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda bermaksud : “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk
menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya
dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka
Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah
Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah
akan menjadi benteng mencegah seseorang daripada melakukan
perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan
sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan duniawi.
Secara intihanya, ilmu yang ada pada diri kita mungkin tidak sampai sezarah
air berbanding ilmu-Nya yang seluas lautan. Didiklah diri untuk sekurang-
kurangnya satu muka buku sebelum mata ditutup pada pengakhiran hari
(Nasihat ini juga untuk diri sendiri). Wallahu'alam.
p/s: Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat! (Tak ada study week ya..)


