Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian..memang sukar untuk berada dilangit tetapi memang mudah jatuh ke bumi andai tiada simpulan iltizam yang utuh namun, jangan terlalu berbangga berada dilangit sehingga melupakan bumi yang pernah suatu ketika dipijak..Jangan sampai tanah bumi meludah ke langit tinggi walaupun akhirnya ludah dilangit dikirim kembali ke tanah bumi.. Tetapi renungkanlah kembali kenapa tanah bumi meludah? Andai kamu berasal daripada tanah bumi janganlah sampai melupakannya... Berbudi kembali kepada insan yang pernah berbudi kepada kamu suatu ketika dahulu..Bak kata pantun Melayu " Budi yang baik dikenang jua", " Orang berbudi kita berbahasa" atau "yang merah itu saga, yang baik itu budi"...Sedarkan diri sendiri sebelum menyedarkan orang lain...
Bagaimanakah kita berbudi kepada Pencipta kita? Pencipta yang memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kita saban hari? Pencipta yang tidak pernah "meludah kepada kita" tetapi tetap terus mengurniakan nikmat-nikmat kehidupan kepada kita...tetapi kita sering melupakannya terutama pada waktu senang. Kealpaan kepada Allah S.W.T sering memenangi diri kita. Begitukah sikap kita sebagai hamba-Nya. Dimana nilai dan erti sebenar “kehambaan” kepada Allah S.W.T.
Bagaimanakah untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T?
Allah S. W. T. telah memberi kepada kita pelbagai nikmat, seperti nikmat penglihatan, pendengaran dan hati. Bahkan bumi ini dicipta untuk kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. Sebutlah dan zahirkanlah nikmat yang telah diberikan. Kita tidak akan mampu mengira dan menghitung nikmat yang Allah telah kurniakan, dan semua nikmat yang diberikan akan disoal di akhirat nanti. Nikmat dunia adalah untuk semua orang, tetapi nikmat akhirat hanyalah untuk orang yang beriman sahaja.Surah Sajdah [9] : ….Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Surah Al-Baqarah [29] : Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
Surah Al-Mulk [15] : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaan-Nya).
Surah Ibrahim [34] : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati danjika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
Menyebut Nikmat Kurniaan Allah
Siapakah yang mampu mencipta air tanpa menggunakan bahan-bahan daripada Allah?
Surah Ad-Dhuha [11] : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukurkepadaNya.
Rasulullah S.A.W bersabda “Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah.
Berterima kasihlah pada orang yang menolong kita kerana sesiapa yang tidak terima kasih kepada orang yang menolongnya samalah seperti dia tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah jualah yang buka hati orang itu untuk menolong kita.
Menzahirkan Nikmat Kurniaan Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah s.w.t. suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Surah A’raf [31] : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) Sekiranya diberi rezeki yang lebih, belanjalah untuk membeli pakaian dan makanan yang baik sebagai tanda untuk menunjukkan bahawa Allah telah memberi nikmat kepada kita. Ia sebagai memperakui kurniaan Allah dan bukannya untuk menunjukkan kesombongan. Janganlah terlalu bakhil untuk berbelanja setelah diberikan rezeki yang banyak.
Semua Nikmat Kurniaan Allah Akan Ditanya.
Semua nikmat yang diberi akan ditanya, termasuklah air yang kita minum.
Surah At-Takaathur [8] : …..sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Daripada Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’ (Riwayat al-Tirmizi)
Nikmat Dunia Untuk Semua, Nikmat AKhirat Untuk Orang Beriman Sahaja
Nikmat di dunia ini diberi kepada semua manusia samada yang beriman atau yang kafir, apabila mereka berusaha, maka hasil usaha mereka itu menjadi sebab untuk mereka mendapatkan nikmat (kerana itu, alam dunia dipanggil alam asbab). Nikmat di hari kiamat pula hanya untuk orang beriman sahaja, tidak kepada orang kafir, kerana orang kafir telah diberikan segalanya semasa di dunia ini.
Surah A’raf [32] : Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
Cuba anda fahami setiap bait-bait lirik lagu Alhamdulilah yang dinyanyikan oleh kumpulan Too Phat.
Setiap insan yang diciptakan oleh-Nya akan diuji.
Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menarka
Sedarku akan hadir-Mu
Mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dengan apa yg kita ada) Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa-dosa)
Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yang mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan untuk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus
Ada melencong ada yang lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yang kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa-dosa)
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dair zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa-Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dengan apa yg kita ada) Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa-dosa)
Aku yang memandang di dalam lubuk hati
Mencari-cari rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi
Wujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yang bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi
Moga dapat ku hadang tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dengan dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dengan apa yang kita ada) Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa-dosa)
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
Untuk hanturkan sembah sedalam kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kepada-Mu Ya Allah
Untuk nama harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri
Semua lebih bererti apabila dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.........
Pesanan insan kerdil:
Ucapkanlah “ Alhamdulilah” kepada Allah S. W.T kerana itulah ayat yang paling mudah untuk kita lafazkan terima kasih atas kurniaan-Nya walaupun banyak lagi perbuatan yang boleh kita lakukan seperti berpuasa nazar, sujud syukur, bersedekah dan lain-lain. Janganlah bangga dengan apa yang ada di dunia sekarang kerana itu semua perhiasan yang sekadar sebuah pinjaman kebahagian dunia. Sedarilah kepada diri sendiri siapakah yang memberikan semua kebahagiaan itu. Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa janganlah kamu mendaki ke puncak tinggi semata-mata untuk terjun ke puncak. Janganlah melakukan sesuatu yang boleh merugikan diri sendiri kepada Allah S.W.T (pesanan untuk penulis sendiri). Wallahualam.