Mata Hati yang memandang akan mencoret kata-kata untuk mengerti dan memahami ciptaan-Nya...
Sunday, March 25, 2012
Pencari Jalan-Mu
Assalamualaikum dan salam sejahtera…alhamdulilah, tintaku masih lagi utuh ku kirim di akhir mac ini. Alhamdulilah, atas izin-Nya. Minggu ke-6 bakal dilalui yang sudah pasti penuh dengan himpitan tugasan yang semakin membuak-buak. Walau bagaimanapun, jangan sesekali diri kita yang kerdil ini jauh dari mengingati-Nya di sebalik kesibukan sementara ini. Bak kata seorang ustaz dalam sebuah pengajian mengatakan bahawa “Allah akan menduga kita dengan pelakuan kita..jika pelakuan kita hanya untuk kepentingan dunia semata-mata maka rugilah diri kita kerana kepentingan akhirat lagi penting dari segalanya”..
Pembahagian masa sangat dituntut..jika anda seorang yang memegang taklifan yang berat ingatlah fiq awlawiyat yang perlu anda laksanakan. Dalam kesibukan dengan tugasan hinggakan kita sering melupakan pelindung kita. Siapakah pelindung kita?..... Ayah? Abang? Suami? Adik? Pemimpin? Jawapannya….Renungan untuk diri sendiri dan anda yang masih bernafas di muka bumi Allah ini ingatlah bahawa …
'Hasbunallah wa ni’mal wakil'
Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim A.S diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda? Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim lantas menjawab bahawa “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu, Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”. Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..
Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyebut kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kemenangan kepada baginda.
Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba-Nya yang berserah diri dan bertawakal kepada- Nya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan atau kemurungan, kita kembali pada Allah iaitu berzikir, solat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat. Kalimah “Hasbunallah wa ni’mal wakil” elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T.
Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hamba-Nya yang mendekatkan diri kepada-Nya. Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepada-Nya. Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah” Hasbunallah wa ni’mal wakil” berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingati-Nya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..
Sumber: http://ayufatarina.com/hasbunallah-wa-nimal-wakil
Pencari Jalan-Mu
Telah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung salah menodai
Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasih-Mu
Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuah hingga kini
Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala petunjuk jalanMu
Bersihkan, terangi, hidupku
Tiada yang ada selain-Mu
Yang selalu menjagaku meski kadang tinggalkan-Mu
Aku hanyalah manusia yang mencari jalan-Mu
Yang pasti kembali pada-Mu..
Pesanan insan kerdil
Sentiasalah berdoa kepada-Nya :
" Ya Allah, Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati manusia, Kau tetapkanlah hatiku ini hanya kepada agama-Mu"...
Saturday, March 3, 2012
Baraka Allahu Lakuma
Saat indah kehidupan dunia merupakan saat diijabkabulkan dengan insan yang telah ditakdirkan oleh-Nya. Entri ini direka khas untuk beberapa insan yang bakal diijabkabulkan pada cuti sekolah ini (sekitar pertengahan Mac 2012).
Khas untuk sahabat-sahabatku:
Nurashila binti Mahmood dan pasangannya,
Nor Mariyah binti Mat Isa dan pasangannya,
Mohd Haizul Ain dan pasangannya,
Nur Hamiza binti Arsa dan pasangannya,
Dan sahabat-sahabat pelangiku yang bakal melangsungkan ikatan khitbah pada tahun ini…
Cinta: Jodoh Itu Rahsia
“Saya pergi sini, orang bicara tentang kahwin. Pergi sana, tentang kahwin lagi. Kawan-kawan baik saya semua sudah berkahwin. Peer pressure!” Jujur Khairunnisa nyatakan. Walaupun penuh emosi, namun hanya luahan perasaan tanpa kesesalan.
“Ya, jangan risau. Saat penantian kita adalah pencarian diri. Orang boleh cakap kita akan kahwin awal, doktor sukar nak cari jodoh dan sebagainya. Takulan manusia tidak tepat. Hanya Allah tahu bila kita bersedia. Lambat atau awal itu rezeki. Jodoh.” Pendapat diluahkan selepas pengamatan pada isu yang sama.
“Yes, wait for the right time, the right person.” Khairunnisa menambah dalam senyuman.
Benar, jodoh itu rahsia Allah. Sungguh penuh debaran menantinya. Benar bukan? Bagi yang sudah bertemu jodoh, perjalanan hidup baru dimulakan. Bagi yang belum bertemu jodoh, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mencari diri. Dalam penantian, bina kefahaman tentang konsep jodoh, konsep perkahwinan, konsep manusia itu dijadikan berpasang-pasangan.
Yang Tidak Disangka-sangka
“Itulah, Kak Ina dahulu kurang suka (bukan benci, pengalaman zaman sekolah hehe) pada pelajar sekolah SMAP Labu. Ditakdirkan Allah, akak bertemu jodoh dengan bekas pelajar SMAP Labu.” Tersenyum Kak Ina mengenangkan kisah lampau.
“Ustazah dahulu ditunangkan dengan seorang muslimin pada awalnya. Namun akhirnya, muslimin itu bertemu jodoh dengan seorang wanita yang baru memeluk Islam bagi menyelamatkan akidahnya. Akhirnya ustazah bertemu jodoh dengan suami ustazah sekarang. Memang tidak pernah ustazah sangka.” Ustazah menceritakan pengalaman hidup sebenarnya untuk dikongsi semasa tazkirah selepas Maghrib pada waktu itu.
Mudah sekali kita hendak meng`kenen`kan kawan-kawan kita. Bergosip dan membuat spekulasi di sana sini barangkali. Namun, cakap-cakap seperti ini tidak membawa kemana. Andai benar mahu membantu, maka cadangkanlah melalui kaedah yang sewajarnya. Kaedah taaruf sesama keluarga yang dianjurkan Islam sebagai contoh. Gosip tidak ke mana, spekulasi membuang masa.
Jodoh itu rahsia Allah.
Andai ditakdirkan dengan seseorang yang tidak disangka-sangka. Ambillah masa, fikirlah dahulu dan pertimbangkan. Biarpun lama masa diambil untuk membuat keputusan, biarlah penuh keyakinan dan tawakal pada Allah akhirnya. Yakinlah Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Masa bertemu jodoh mahupun jodoh itu sendiri.
Tidak Bagi Kahwin Awal?
“Janganlah risau jodoh kamu tidak sampai lagi. Bila emak bersedia nanti, emak doakan banyak-banyak ye. Emak tak sampai hati nak berpisah dengan kamu. Emak belum bersedia lagi. “ Emak ungkap kembali bicara hati seorang ibu.
Anak-anak, ibu sayu melepaskan kamu.
Wanita ditakdirkan penuh emosi. Andai ayah amat mudah memberikan `greenlight` buat anak-anaknya mendirikan rumahtangga. Namun hal ini sedikit berbeza dipamerkan oleh kaum ibu. Ibu yang memang zahirnya penuh emosi punya ikatan hati yang amat kuat dengan anak-anaknya. Membawa kita selama sembilan bulan didalam kandungan sudah cukup jelas menggambarkan bagaimana emosi yang kuat boleh terbentuk. Emosi inilah menjadikan mereka cukup bersabar dan gagah walaupun fizikalnya lemah berbanding lelaki.
Bayangkan, rata-rata dikalangan kita pada hari ini bersekolah asrama sejak tingkatan satu. Kemudian melangkah ke matrikulasi atau kolej dan terus ke universiti. Dihitung-hitung, berapa sangatlah masa yang sempat kita luangkan bersama mereka. Belum ditolak masa-masa bersama yang tidak berkualiti.
Andai anak-anak meminta untuk berkahwin awal tidak dipersetujui oleh ibu terutamanya, pause dahulu. Jangan mudah melatah menyalahkan ibu. Fahamilah, ibu itu tidak pernah ada udang di sebalik batu. Tidak pernah cemburu pada anaknya sendiri. Namun halangan bersifat sementara ini hanyalah kerana masih mahu bersama anak-anaknya buat seketika.
Tangguhlah dahulu kerana emak belum puas mendidik dan memberikan kasih sayang pada kamu. Hal ini lebih terkesan buat anak perempuan. Apabila sudah bernikah kelak, segala ketaatan adalah pada suaminya. Walaupun masih merupakan seorang anak buat kedua ibu bapanya, namun sudah menjadi lumrah bahawa anak yang menjadi isteri orang tidak lagi sama seperti dahulu. Berbeza. Andai ibu bapa meminta ditangguhkan seketika. Muhasabah kembali. Samaada kita masih belum bersedia. Kita perlu lebih banyak luangkan masa dan raikan ibu bapa. Atau apa sahaja alasannya, bersabarlah dan laluilah dengan ikhlas. Pujuklah hati mereka dengan penuh lemah lembut serta kesabaran. Pasti akhirnya Allah permudahkan.
Ayat-Ayat Cinta
Walaupun kaedah lakonan filem ini tidak saya persetujui, namun saya tidak nafikan, dialog-dialognya memberikan kesan. Hasil adaptasi dari buku yang cukup bagus saya kira. Hayati bait-bait dialog di dalam filem ini. Moga bertemu konsep jodoh, menambah kefahaman tentang CINTA.
Jodoh itu rahsia Allah.
Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan. Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.
(Dipetik daripada http://zaffankhalid.iluvislam.com/?p=191)
Maher Zain
Baraka Allahu Lakuma
We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair
Pesanan: Ku doakan kalian …. Semoga Allah berkati anda ketika senang dan ketika susah....Binalah keluarga yang mawardah dan sakinah agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati-Nya. Amin. Buat insan-insan yang masih belum ke “arah itu”…renungkanlah puisi ini (buat penulis sendiri). Janji Allah S. W.T itu pasti! Yakinlah pada-Nya(^ - ^).
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba….
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amin ya rabalamin..
Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4122-jangan-izinkan-aku-jatuh-cinta-andai-masanya-belum-tiba.html
Subscribe to:
Posts (Atom)










