Mata Hati yang memandang akan mencoret kata-kata untuk mengerti dan memahami ciptaan-Nya...
Monday, May 9, 2011
Faham VS Lengkap = Sempurna
Faham, Memahami, difahami, memahamkan, difahamkan...
Lengkap, melengkapi, dilengkapi, melengkapkan, dilengkapkan.....
Segala kejadian Allah S.W.T ada sebabnya..Setiap yang kurang atau lebih pun ada sebabnya bukan? Kita sering menyalahkan takdir Illahi apabila terjadi sesuatu perkara buruk yang berlaku pada diri sendiri. Tetapi pernahkah kita berfikir sejenak untuk memahami hikmah disebalik daripada sesuatu yang berlaku itu?
Cuba baca kata-kata dibawah ini oleh insan-insan yang pernah aku terbaca mahupun menyapa cuping telingaku:
"Kenapa orang itu ada sebuah rumah banglo dua tingkat serba mewah sedangkan aku hanya ada sebuah rumah kayu yang uzur?...."
"Alhamdulilah, aku dapat juga makan sepinggan dengan ahli keluargaku walaupun hanya berlaukkan nasi campur garam dan kayu ubi rebus berbanding dengan makan berlaukkan ayam dan daging tetapi makan keseorangan...."
"Aku tak mampu berkata-kata dihadapan orang tetapi aku boleh menghasilkan sebuah karya"
"Walaupun dia kurang upaya namun dia punya ibu ayah yang sangat menyayanginya tak seperti diriku yang normal ini langsung tidak diendahkan"
"Mesti best kan jadi perdana menteri, hidup senang dengan pangkat dan harta.... Tetapi, kalau aku diletakkan kat tempat dia confirm pulak tak senang tidur memikirkan masalah rakyat"
Sedarlah wahai hamba Allah!...
Kesempurnaan bukanlah milik anda. Kesempurnaan hanya milik-Nya. Kita hanya hamba yang sangat kerdil. Mengapa perlu ada perasaan iri hati malah dengki dengan kelebihan diri orang lain dan memandang sinis serta mentertawakan orang yang mempunyai kekurangan. Pokok pangkalnya kita adalah SAMA..yang membezakan kita adalah IMAN dan TAKWA. Allah S.W.T meminta kita sebagai hambanya bukan sahaja untuk melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar tetapi saling berbuat baik kepada sesiapa sahaja tanpa ada sekelumit prasangka buruk.
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (an-Nahl:90)
Jika difikirkan tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini. Oleh itu, andai saat ini anda sedang mengalami konflik cubalah katakan kata-kata seperti di bawah ini. (Kata-kata yang sering aku katakan pada diri sendiri).
"Bersabarlah duhai hati, fahamilah dirinya kerana dia ada kekurangannya sendiri sama seperti diriku jua. Tabahlah duhai hati kerana apa yang kurang itu hendaklah kau lengkapi dengan kelebihan yang telah Allah S.W.T kurniakan. Janganlah bersedih dengan apa yang kurang pada diri tetapi carilah alternatif lain yang boleh menjadi satu nilai tambah bagi kekurangan diri. Ingatlah, setiap dugaan itu tidak akan diberikan kepada diri kita selagi Allah S.W.T yakin kita mampu menghadapinya".
BerSYUKUR lah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita...Alhamdulilah!
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





setiap yg Allah kurniakan buat kita adalah yg terbaik dan mencukupi buat dri kita...cuma terkadang manusia ini merasakan itu bukan yg terbaik, sedangkan itulah yg terbaik buatnya...adik juga masih mendidik hati untuk terus sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah...
ReplyDelete