Saturday, May 21, 2011

Cerminan perjalanan musafir dunia



Bismillahirrahmanirrahim

Malam itu seperti biasa usai menunaikan perintah-Nya aku duduk di atas kamar. Fikiran kosong telah mendorong diriku untuk bingkas bangun menghadap peranti ruangan sesawang. Mungkin kerana kesunyian, aku menjadikan ruangan maya peneman setia. Aku sendiri tidak sedar bahawa jasad milik-Nya ini sedang hanyut dengan aliran pemikiran kemodenan. Duniawi yang menjadi rebutan semua pelumba Hendonisme. Manusia bangga apabila mempunyai harta, pangkat dan kesenangan. Bak kata orang, zaman sekarang tanpa kemajuan, diri kita ibarat katak di bawah tempurung. Tempurung perlu dipecahkan, diterbalikkan, dibuang atau dibakor sahaja! Kemodenan perlu direntasi agar diri tidak tertinggal dengan arus semasa. Jadi, memang perlulah kita mengikuti era ini?


Jari lantas membuka IMESH seketika bagi meninggalkan persoalan kemodenan ruangan maya dalam benak minda. Lagu Nyanyian Opick, Rapuh berkumandang memecahkan kesunyian rumah. Bait-bait lirik tiba-tiba menyapa akalku untuk memahami setiap pengertian frasa. Nafas tersekat untuk seketika. Halilintar kesyahduhan menyapu reseptor-reseptor hati. Empangan mata yang kuat dengan benteng batu pertahanan kelalaian akhirnya pecah. Aku hayati frasa tersirat sehingga penghujungnya.

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Seribu persoalan menyerang akal sebaik sahaja lagu itu habis diputarkan. Lagu itu membuatkan aku seolah-olah disuntik ubat kepada jawapan persoalan yang ditinggalkan seketika di dalam kotak pemikiran. Jadi, itukah aku dan kamu sedang kejar dalam dunia ini? Bahasa kasarnya, bertuhankan kemodenan. Kemodenankah yang menjadi perlindung diri aku dan kamu di padang timbang tara nanti? Sedar atau tidak kita semua alpa dengan pelbagai medium kemodenan. Aku pasti kamu semua mengenali definisi, bentuk, jenis, kebaikan dan dampak negatif KEMODENAN itu.


Sedar atau tidak sedar ruangan maya (contohnya laman sosial) juga satu wadah kemodenan. Pesimisnya pemikiran aku bukan? Tapi, cuba kamu berfikir seketika. Benar atau tidak, kadang kala kita mengambil bukan setakat SATU saat, minit, jam atau hari sahaja untuk mengejar kemodenan tetapi mengambil masa yang cukup lama sehingga telah mencuri masa CINTA Agung kita.

“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (Ar-Rum: 7)

Dunia naungan sementara kita. Dunia yang akan binasa. Apa yang cuba aku sampaikan ini bukanlah bererti aku mengatakan bahawa kita tidak boleh mengikuti langsung kemodenan ruangan maya ini tetapi pandai-pandailah membahagikan masa. Bila masa untuk belajar, berehat, menunaikan kewajiban sebagai hamba-Nya dan sebagainya.

Katakanlah."Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak mendatangakan kemanfaatan kepada kita. Dan, tidak(pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh setan di pesawangan yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan) , "Marilah ikuti kami."Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk ; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam, dan agar mendirikan sholat serta bertakwa kepada-Nya." Dialah Tuhan kepada Nya lah kamu akan dihimpunkan." QS. al-An'am: 71)


Semoga aku dan kamu tidak tertewas dengan ruangan alam maya demi mempertahankan cinta AGUNG kita. Amin.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. errmmm..banyak menginsafkan dan memusabahkan diri bace entry akak :)

    ReplyDelete