Sunday, March 25, 2012

Pencari Jalan-Mu


Assalamualaikum dan salam sejahtera…alhamdulilah, tintaku masih lagi utuh ku kirim di akhir mac ini. Alhamdulilah, atas izin-Nya. Minggu ke-6 bakal dilalui yang sudah pasti penuh dengan himpitan tugasan yang semakin membuak-buak. Walau bagaimanapun, jangan sesekali diri kita yang kerdil ini jauh dari mengingati-Nya di sebalik kesibukan sementara ini. Bak kata seorang ustaz dalam sebuah pengajian mengatakan bahawa “Allah akan menduga kita dengan pelakuan kita..jika pelakuan kita hanya untuk kepentingan dunia semata-mata maka rugilah diri kita kerana kepentingan akhirat lagi penting dari segalanya”..

Pembahagian masa sangat dituntut..jika anda seorang yang memegang taklifan yang berat ingatlah fiq awlawiyat yang perlu anda laksanakan. Dalam kesibukan dengan tugasan hinggakan kita sering melupakan pelindung kita. Siapakah pelindung kita?..... Ayah? Abang? Suami? Adik? Pemimpin? Jawapannya….Renungan untuk diri sendiri dan anda yang masih bernafas di muka bumi Allah ini ingatlah bahawa …

'Hasbunallah wa ni’mal wakil'
Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..


Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim A.S diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda? Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim lantas menjawab bahawa “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu, Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”. Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..

Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyebut kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kemenangan kepada baginda.

Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba-Nya yang berserah diri dan bertawakal kepada- Nya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan atau kemurungan, kita kembali pada Allah iaitu berzikir, solat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat. Kalimah “Hasbunallah wa ni’mal wakil” elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hamba-Nya yang mendekatkan diri kepada-Nya. Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepada-Nya. Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah” Hasbunallah wa ni’mal wakil” berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingati-Nya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..
Sumber: http://ayufatarina.com/hasbunallah-wa-nimal-wakil

Pencari Jalan-Mu
Telah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung salah menodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasih-Mu

Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuah hingga kini
Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala petunjuk jalanMu
Bersihkan, terangi, hidupku

Tiada yang ada selain-Mu
Yang selalu menjagaku meski kadang tinggalkan-Mu
Aku hanyalah manusia yang mencari jalan-Mu
Yang pasti kembali pada-Mu..

Pesanan insan kerdil
Sentiasalah berdoa kepada-Nya :
" Ya Allah, Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati manusia, Kau tetapkanlah hatiku ini hanya kepada agama-Mu"...

No comments:

Post a Comment