Puisi ini khusus untuk keluarga JMK ku..
Malam itu hatiku berdegup,
Pegangan buku tidak sekemas biasa,
Kaki melangkah tidak sederas sungai yang mengalir,
Mata yang memandang tidak seceria pelangi...
Detik itu kurasa, makin banyak ikatan terbuka,
Jari jemari kian lepas daripada buku yang bertaut,
Suara-suara halus semakin meruncing,
Sayup-sayup sahaja yang menyapa..
Akhirnya air mata aku berlinang juga,
Kata-kata yang keluar tersekat-sekat lalu terhenti,
Dingin penyejuk tidak mampu membekukan air mata..
Tiba-tiba suara-suara halus kedengaran tika lara mencengkam,
Sentuhan hangat di bibir baju sejuk menghimpit hati,
Ku seka air mata, ku cuba memandang mata-mata kasih yang amat kusayangi..
Hembusan udara yang memasuki pancaindera telah kembali membakar duka,
Saat itu aku sedar, aku dan kamu adalah satu,
Lidah lagi tergigit adat kebiasaan keluarga yang perlu aku dan kamu fahami...
Detik yang berlalu di ruang itu membuatkan aku yakin,
Kembali menggapai erat pegangan tangan kamu,
Akan ku cuba untuk keraskan kayu hati untuk cekal dan tabah dalam ranjau keluarga,
Demi-Nya aku sangat sayang kamu..
Bilik mesyuarat
29/12/2010
3.40 am
No comments:
Post a Comment